<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8966120192351844201\x26blogName\x3dsound\x27s\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://thezweisamkeit.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://thezweisamkeit.blogspot.com/\x26vt\x3d2158073397821307700', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bonjour ~

I am determined to be cheerful and happy in whatever situation I may find myself. For I have learned that the greater part of our misery or unhappiness is determined not by our circumstance but by our disposition.

: May be this is how my life be. After all I grow up, let myself fallen in love with a man. How actually hard to find happiness in everywhere. I must go through the midst of life .
+ follow | Facebook | Twitter | Ask.Fm

Friends
Ily Hanis | Nur Hidayah | mintrose | mintrose
mintrose | mintrose
mintrose | mintrose |

Young Player



Post



Kenangan 2007
written on Monday, December 31 @ 3:07 AM ✈

Pagi yang cukup tenang nak post blog maybe. Tapi kenapa dengan abang aku kali ni? Dia tengking gf dia dekat dalam phone? Oh my god, be strong sys. Abang memang selalu panas baran. It's okay, aku dah cukup matang dengan perangai dia. Sampai aku pun kene tempias dulu. Nevermind. Aku tak nak cerita benda tu. Aku nak buat entry pasal sweet moment 2007. Ceyt, geli je. Hahaha :)


.


Smile okay. Nak masuk tahun baru ni. Dah ada semangat baru tak? Okay, azam aku nak dapat straight A dalam PMR. For your information, aku calon pmr. Seriously seram. Aku nak buat abah dengan mak tersenyum bila tengok result aku nanti. And aku nak fight habes-habesan dengan cousin aku. Ayah dia ajak aku duduk kluang dengan dia. Kononnya aku boleh belajar sama-2 dengan dia, pergi tusyen dengan dia. It's okay lah. Aku suka duduk Tangkak. Ada ramai kawan. Wott wott. Even tangkak ni kecil je.

Teringat time aku darjah dua. Aku terpaksa pergi kluang sebab termakan dengan janji palsu Haziq. Korajak punya sedara. Ada ke patut masa aku main parit besar depan rumah nenek dia boleh cakap, "kau nak keropok ni, kau kene ikut aku balik kluang" demi keropok aku sanggup tinggalkan family. Bodohnya aku --' takpe aku masih budak lagi, tak tahu akan penipuan. Hahaha

Bila sampai sana dah malam. Yela, bertolaknya lewat petang. Sampainya mestilah malam. Seingat aku, aku sempat singgah kedai beli barang. Okay, kedai depan taman je. Bila dah sampai, macik aku suruh call mak bgitau yang aku dah sampai. Lepas je aku off call, malam tu jugak aku menangis sebab dengar suara mak aku. Kelakar bila ingat balik. Hahaha. Nangis-2 sampai aku tak sedar yang aku dah tertidur dekat ruang tamu. Lantak lah, kau tak rasa time kecik-kecik duduk jauh dari mak bapak :')

Lepas beberapa hari tu, aku main dekat rumah jiran sebelah cousin aku. Buat muka tak malu je lah, sebab aku kecik lagi. Mana tahu malu. Langsung tak heran. Dia ada jiran hensem k. Seriously, aku cair dengan Amar. Abang ain, entah hantu apa yang masuk dalam badan aku tah. Tetiba pandai nak jatuh hati. One day, aku dengan cousin aku tengok movie momok. Entah macam mana dia boleh duduk sebelah aku pun aku tak tahu. Sampai je part seram, aku terpeluk dia. Hahaha, yang ni kelakar. Macam mana aku boleh tak perasan?
Cepat cepat aku lari masuk bilik tinggalkan cerita tu. Tak fikir apa dah, malu je.

Aku termenung dekat luar rumah tengok faiq, acan, haziq, hatta, amar, amir main galah panjang. Macam best. Tapi tak pandai main. Just perhatikan dari jauh je. Suasana dekat sana memang best. Tapi cuaca yang tak mengizinkan. Biasalah, setiap hujung tahun mesti ada je negeri yang banjir. Termasuk lah kluang. Hujan tak henti henti membasahi bumi. And lastly, tempat tu banjir. First time aku dapat main banjir sebab dekat tempat aku banjir part kampung je. Rumah aku tak :( haha.

Esoknya, lepas hujan cousin aku semua berkubang dalam banjir. Seriusly memang best. Lagi-2 banjir dekat taman. Kalau kampung memang tak lah aku nak mandi banjir. Sekitar taman tu aku ronda. Tapi malang tak berbau, aku salah pakai selipas. Selipas kokak yang aku pakai. Mana tak nya, dalam banjir kalau nak bergerak rasa macam berat je. Dan setiap kali aku menapak kehadapan mesti kasut aku putus. Tanpa putus asa, aku betulkan balik selipar tu even dah dekat 100 kali tercabut. 

Apa apa pun memang best gila. Kalau boleh aku nak putar balik masa tu kembali. Nak tahu tak? Azrul kawan hatta hensem. Aku dulu selalu buat missed call dekat dia guna number hatta. Tapi, aku tak suka dia. Aku pernah cakap dekat hatta " kalau ite dah besar nanti mesti iye dah tua macam atta " *dengan nada comel. Hahaha. Cukup setakat ni je, kalau nak story panjang-2 tak larat. Mengantuk lah. Bye




0 comment[s] | back to top






























© 2012 - Layout created by Farah Hanani.